Saturday, June 12, 2021

Tugasan ke 2: Pembentangan Kumpulan MTK 1012 - Kompetensi K03, K04 dan K05

 Kursus yang dinilai: MTK 1012 - Amalan & Prosedur Keselamatan

Kompetensi yang dinilai adalah:

  • K03 - Memadam api semasa berlaku kebakaran kecil
  • K04 - Memberi rawatan pertolongan cemas
  • K05 - Memberi bantuan pernafasan semasa kecemasan (CPR)

Format Perbentangan

1. Menggunakan perisian powerpoint
2. Topik pembentangan bagi setiap kumpulan adalah seperti jadual di bawah.
3. Topik dan nota ringkas diberikan di https://zoulvocational.blogspot.com/p/t2-svm-mtk.html .. Boleh menggunakan bahan dari sumber-sumber maklumat lain untuk menjadikan pembentangan anda lebih menarik.
4. Semua ahli kumpulan perlu melakukan pembentangan.
5. Pembentangan dilakukan secara atas talian melalui Google Meet pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.



Monday, May 17, 2021

Tugasan 1 : FOLIO MTK 1012 Tahun 2021

Kursus yang dinilai: MTK 1012 - Amalan & Prosedur Keselamatan

Kompetensi yang dinilai adalah:

K1 - Mematuhi Peraturan Penggunaan Peralatan & Keselamatan Bengkel.

K2 - Mematuhi Keperluan Keselamatan di tempat kerja.

Format Penulisan Folio

Penulisan menggunakan tulisan tangan.

Muka hadapan perlu menggunakan komputer dan dicetak

Isi kandungan seperti berikut.

  1. Muka Hadapan
  2. Penghargaan
  3. Isi Kandungan
  4. Pengenalan - terangkan maksud keselamatan, bahaya, risiko, kemalangan, kemalangan nyaris dan kecederaan.
  5. Punca-punca Kemalangan - terangkan punca kemalangan dari segi  manusia, peralatan/mesin dan juga tempat kerja/ persekitaran.
  6. Peralatan Perlindungan Diri (PPD / PPE) Kerja Kimpalan.
  7. Simbol Keselamatan 
  8. Pelan Bengkel Kimpalan yang selamat.
  9. Penutup
Tarikh hantar 14 Jun 2021