MTK 3012

 MTK 3012 - RAWATAN HABA DAN PROSES PRAPANAS

Di akhir kursus ini pelajar dapat :

  • K1 - Mengenal pasti proses rawatan haba (preheat treatment).
  • K2 - Mendirisiap kelengkapan dan menyediakan nyalaan prapanas (preheat)
  • K3 - Mengenal pasti proses prapanas.
  • K4 - Mengenal pasti rawatan haba selepas kerja kimpalan (post weld heat treatment)
K1 MENGENAL PASTI PROSES RAWATAN HABA

K2 MENDIRI SIAP KELENGKAPAN DAN MENYEDIAKAN NYALAAN PRAPANAS

2.1  Maksud Prapanas
  • Haba yang diaplikasikan pada logam asas untuk mencapai dan mengekalkan suhu prapanas terlebih dahulu.
  • Suhu logam asas yang mengelilingi titik kimpalan sebelum kerja kimpalan dimulakan.
  • Suhu semasa sebelum larian kedua dan larian seterusnya diteruskan (interpass temperature).
2.2  Tujuan Prapanas
  • Menghilangkan kelembapan pada logam yang akan dikimpal.
  • Membuang saki baki minyak atau bendasing yang terdapat pada logam seperti besi tuang, cast steel, aluminium alloy.
  • Melegakan ketekanan pada logam kimpal (stress relief).
  • Mengurangkan tegasan pengecutan (shrinkage stress) bagi logam berkarbon tinggi seperti keluli berkarbon tinggi, keluli berkarbon sederhana, cast steel, keluli spring, keluli mata alat dan besi tuang.
  • Mengelakkan berlaku keretakan yang terjadi disepanjang zon terkesan haba (HAZ) terutamanya mengimpal logam berkarbon tinggi.
2.3  Faktor-faktor Prapanas Diperlukan
  • Keperluan kod dan standad.
  • Ketebalan logam, biasa lebih daripada 1 inchi.
  • Kandungan kimia dalam logam.
  • Kekangan (restraint)
  • Suhu ambien
  • Kandungan hidrogen dalam rod penambah.
  • Masalah keretakan sebelumnya.
2.4  Prapanas adalah lebih perlu jika:
  • Suhu logam kimpal adalah rendah.
  • Logam yang dikimpal tebal.
  • Suhu sekeliling/ atmosfera yang rendah.
  • Mengimpal dengan laju.
  • Kandungan karbon dalam logam tinggi.
  • Bentuk-bentuk bahagian yang rumit.
2.5  Peralatan untuk Aplikasi Kerja Prapanas

i.  Relau (furnace)
  • menggunakan sumber elektrik untuk menghasilkan haba
  • relau dengan saiz yang kecil seperti ketuhar / oven.
  • biasa digunakan untuk buat prapanas untuk benda kerja yang saiz kecil dan jumlah yang banyak.
  • terdapat juga relau yang besar untuk bendakerja yang besar seperti di industri.


ii.  Pemanas Jalur Elektrik (electrical strip heater)
  • menggunakan tenaga elektrik yang melalui elemen pemanas yang berintangan tinggi.
  • elemen pemanas menyelimuti (blanket) logam kerja.
  • haba pada elemen pemanas akan dipindah kepada logam kerja untuk prapanas.



iii. Pemanas Induksi (Induction Heater)
  • menggunakan arus elektrik ulang-alik (AC) yang mempunyai frekuensi tinggi melalui koil kabel yang dibalut pada logam.
  • Maka terhasil tenaga magnetik yang akan mengalir Eddy Current bagi menghasilkan haba prapanas pada logam kerja.
 


iv. Prapanas Gas Sumpitan Api (Preheating Torch)
  • menggunakan pembakaran gas untuk menghasilkan haba bagi prapanas.
  • gas yang digunakan seperti asetilena, propana.
  • untuk prapanas logam kerja yang ringkas.
  • menggunakan sumpitan api (torch) untuk menyalakan api (flame) 
  • sumpitan api ada yang pelbagai sumpitan yang banyak nyalaan untuk logam kerja yang besar. 


2.5  Set Kelengkapan Oksi-Asetilena untuk Proses Prapanas


i. Silinder Gas Asetilena dan Gas Oksigen
  • Simbol kimia : Gas Asetilena C2H2 dan Gas Oksigen O2.
  • Warna gas : kedua-dua gas ini tidak mempunyai warna
  • Bau : Gas Asetilena berbau tengit, gas oksigen tidak berbau.
  • Saiz Silinder gas asetilena lebih besar dari silinder gas oksigen.
  • Ketinggian Silinder : silinder gas oksigen lebih tinggi daripada silinder gas asetilena.
  • Warna silinder : silinder gas asetilena berwarna coklat kemerahan dan warna silinder gas oksigen berwarna hitam/hijau/biru.


ii. Pengatur Gas (Gases Regulator)
  • Fungsi : melaraskan tekanan isipadu gas yang masuk daripada silinder gas ke sumpitan api.
  • Jenis : satu peringkat dan dua peringkat.
  • Bahagian : skru pelaras, tolok tekanan silinder, tolok tekanan kerja, skru pelajaras.
  • Bacaan tolok tekanan dalam unit psi, bar dan kPa.
Pengatur Gas Oksigen

Pengatur Gas Asetilena

Binaan pengatur satu peringkat
 
Binaan pengatur dua peringkat

iii. Hos Oksiasetilena
  • Fungsi : membawa isipadu gas dari pengatur gas ke sumpitan api.
  • Diperbuat daripada getah asli atau tiruan yang berkualiti tinggi dan terdapat lapisan fabrik nilon.
  • Sifat : kalis air dan minyak, penebat haba yang baik, tidak berkarat, tidak mudah berkarat, mudah lentur dan boleh digulung, ringan dan murah.
  • Berdiameter 10mm.
  • Warna merah : hos gas asetilena, Warna hijau : hos gas oksigen.
    Binaan hos oksiasetilena

    iv. Sumpitan Api Prapanas


    K3 MENGENAL PASTI PROSES PRAPANAS

    K4 MENGENAL PASTI RAWATAN HABA SELEPAS KERJA KIMPALAN (PWHT)

    No comments:

    Post a Comment