MTK 1012 - AMALAN DAN PROSEDUR KESELAMATAN
Di akhir modul ini pelajar-pelajar dapat:
- K01 - Mematuhi peraturan penggunaan peralatan dan keselamatan di bengkel
- K02 - Mematuhi keperluan keselamatan di tempat kerja
- K03 - Memadam api semasa berlaku kebakaran kecil
- K04 - Memberi rawatan pertolongan cemas
- K05 - Memberi bantuan pernafasan semasa kecemasan (CPR)
- K06 - Menjalankan penilaian keselamatan di tempat kerja
K01 - MEMATUHI PERATURAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN KESELAMATAN DI BENGKEL
1.1 Pengenalan
i. Keselamatan
- Langkah-langkah yang sistematik yang dilaksanakan bagi mengelak berlakunya kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan, kerugian harta benda dan kematian.
ii. Bahaya
- Keadaan atau situasi yang mengundang kemalangan.
iii. Risiko
- Kebarangkalian sesuatu keadaan berpotensi mengundang terjadinya kemalangan.
- Risiko = kekerapan kemalangan X keparahan kecederaan
iv. Kemalangan
- Kejadian yang tidak diingini dan tidak disengajakan yang mendatangkan kemudaratan.
v. Kecederaan
- Kemudaratan yang terjadi kepada manusia seperti lebam, luka, pengsan, patah tulang dan sebagainya.
1.2 Punca-punca kemalangan di tempat kerja
i. Punca Diri Sendiri / Manusia
- Tiada pengetahuan yang mencukupi apabila mengendalikan peralatan atau mesin.
- Tidak mematuhi peraturan bengkel dan tanda amaran yang ditetapkan.
- Tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja yang sedang dilakukan.
- Tidak merancang dengan teliti sebelum melaksanakan projek.
- Gagal mematuhi prosedur penggunaan peralatan atau mesin.
- Menyalahgunakan peralatan dengan tidak mengikut kegunaan sebenarnya.
- Cuai dalam melakukan kerja.
- Tidak memakai peralatan perlindungan diri semasa melakukan kerja.
ii. Punca Peralatan / Mesin
- Menggunakan peralatan yang tidak mematuhi piawai.
- Kerosakan pada peralatan yang digunakan.
- Kebocoran litar elektrik pada mesin.
- Bahagian mesin mesin yang berputar tidak dipasang penghadang keselamatan.
- Mesin tidak diselenggara dengan baik.
iii. Punca Persekitaran / Tempat Kerja
- Tempat kerja tiada pengudaraan dan peralatan yang kurang baik.
- Kawasan kerja terlalu bising.
- Kawasan kerja sempit.
- Susunan pelan lantai yang tidak betul.
- Lantai licin dan kotor.
1.3 Peralatan Perlindungan Diri (PPD) / Personal Protective Equipment (PPE)
i. Pakaian keselamatan.
- Melindungi kulit daripada percikan arka, radiasi daripada sinar infra merah dan ultra ungu.
- Diperbuat daripada kain jenis kapas yang tebal.
- Baju dan seluar tidak terlalu longgar atau terlalu ketat.
- Pakaian keselamatan seperti coverall.
ii. Kasut keselamatan.
- Melindungi kaki pengimpal.
- Diperbuat daripada kulit kalis percikan api arka.
- Mempunyai plat keluli pada bahagian bawah bagi melindungi tapak kaki daripada tusukan objek tajam.
- Mempunyai plat keluli pada bahagian atas bagi melindungi kaki daripada hentaman objek berat yang jatuh.
- Tapak dibuat daripada getah bagi mengelak renjatan elektrik bila berlaku litar pintas.
iii. Sarung tangan kulit.
- Melindungi tangan pengimpal dari terpegang logam panas.
iv. Ear Plug.
- Melindungi telinga daripada bunyi bising seperti bunyi kerja menukul dan mencanai.
vi. Perisai Muka.
- Melindungi muka dan mata daripada percikan arka, radiasi sinar infra merah dan ultra ungu.
vii. Pelindung Mata
- Melindungi mata daripada percikan logam semasa kerja mencanai, momotong logam dan sebagainya.
viii. Apron kulit
- Melindungi badan pengimpal daripada percikan arka dan logam lebur.
1.4 Simbol-simbol Keselamatan Di Dalam Bengkel Kimpalan
i. Pengenalan
- Gambarajah ringkas yang digunakan untuk mengingatkan manusia agar menjaga keselamatan.
- Simbol boleh terdiri daripada pelbagai bentuk, warna yang mewakili maksud tertentu.
1.5 Keselamatan Elektrik
i. Punca berlaku Renjatan Elektrik
- disebabkan oleh kebocoran kabel elektrik.
- kesilapan semasa ubah suai peralatan elektrik
- Kerosakan alat pelindung litar elektrik
- Kabel bumi tidak disambungkan ke bumi.
ii. Punca berlaku Kebakaran Elektrik
- Saiz kabel tidak sesuai dengan nilai arus yang melaluinya.
- Nilai fius yang tidak sesuai pada litar.
- Kilat.
- Pemutus litar tidak berfungsi ketika litar pintas.
iv. Langkah Keselamatan Bahaya Elektrik
- Pastikan peralatan pelindung elektrik dalam keadaan baik seperti fius, pemutus litar, pemintas kilat dan sebagainya.
- Pastikan kabel elektrik berpenebat.
- Jangan kendali alatan elektrik dengan tangan yang basah.
- Mesin dan peralatan elektrik perlu dibumikan dengan baik.
- Pakai kasut keselamatan dengan tapak getah.
- Pastikan tahu kedudukan butang kecemasan untuk memutuskan litar elektrik keseluruhan bengkel jika berlaku kebakaran atau kemalangan elektrik.
- Jangan guna mesin yang arus tinggi melebihi arus bekalan.
2.1 Kemalangan yang biasa berlaku di bengkel
- Terjatuh, tergelincir yang mengakibatkan lebam, luka, patah tulang, terseliuh dan kematian.
- Dihentam benda berat seperti logam menimpa kaki atau penukul terkena tangan.
- Tertusuk, terhirus oleh benda tajam yang mnyebabkan luka.
- Tersentuh logam panas yang mengakibatkan kelecuran.
- Kebakaran yang mengakibatkan kecederaan dan kerugian harta benda.
- Renjatan elektrik yang mengakibatkan lecur, lumpuh dan kematian.
- Baca dengan teliti semua penerangan arahan dan nota amaran mesin yang sedia ada sebelum memulakan kerja.
- Periksa dan pastikan kemudahan-kemudahan kecemasan mesin berada di dalam keadaan yang baik dan laporkan kepada guru anda jika terdapat kerosakan.
- Pastikan sebarang kemudahan keselamatan dan pintu kecemasan yang ada di dalam tempat kerja berfungsi.
- Gunakan pakaian pelindungan yang sesuai semasa bekerja.
- Gunakan semua mesin dengan cara yang betul dan cermat.
- Semua mesin alat dan tempat kerja hendaklah dibersihkan dengan teliti selepas menggunakannya.
- Jika mengesyaki terdapat kerosakan, berhentikan semua kerja dan laporkan kepada guru anda. Jangan mulakan kerja sehingga kerosakan itu ditemui dan dibaikpulihkan.
- Laporkan segala kecederaan kepada guru anda dengan segera.
- Semua pelajar mestilah faham tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan, kebakaran atau kecemasan.
2.3 Pelan Lantai & Susun Atur Bengkel Kimpalan
i. Peraturan kekemasan dan keperluan keselamatan di bengkel
- Keadaan bengkel yang mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang betul supaya kerja-kerja dapat dijalankan dengan lancar.
- Kawasan kerja mestilah mempunyai susun atur yang betul ada ruang pergerakan yang mudah apabila berlaku kecemasan.
- Mengasingkan ruang bekerja yang melibatkan penggunaan elektrik dan juga gas bagi menjamin keselamatan penggunaan.
- Penyimpanan bahan mudah terbakar di tempatkan pada ruang yang berjauhan dengan tempat yang menghasilan percikan api seperti proses mencanai dan mengimpal arka serta gas.
- Pastikan lantai dalam keadaan kering terutama dari tumpahan minyak atau bahan mudah terbakar.
- Peralatan tangan yang sering digunakan hendaklah disimpan di tempat yang dikhaskan dan perlulah dijaga dengan baik dan kemas.
- Butang kecemasan berada ditempat yang bersesuaian dan mudah dicapai.
- Alat pemadam pemadam berada ditempat yang bersesuaian dan mudah dicapai.
- Hos bomba disediakan pada lokasi yang sesuai.
2.4 Amalan & Keselamatan Pekerjaan dalam Ruang Terkurung
i. Pengenalan Ruang Terkurung
- Mempunyai atmosfera yang mengandungi paras bahan cemar yang boleh memudaratkan kepada kesihatan manusia.
- Mengalami kekurangan atau berlebihan oksigen di dalam ruang terkurung tersebut.
- Mempunyai laluan masuk dan keluar yang terhad ke kawasan ruangan terkurung tersebut.
- Tangki penyimpanan, kapal tangki, dandang, silo dan ruang lain yang menyerupai tangki yang biasanya mempunyai lubang untuk masuk.
- Ruang terbuka atas seperti lubang atau liang.
- Paip, pembentung, terowong, aci, salur dan struktur yang serupa.
- Apa-apa ruang di kapal yang boleh dimasuki melalui lurang kecil, tangki kargo, tangki dua dasar berongga, lunas salur, balast dan tangki minyak.
iii. Peralatan Pekerjaan Dalam Ruang Terkurung
- Kelengkapan ujian dan pengawasan atmosfera.
- Kelengkapan pelindung diri setakat yang praktik jika kawalan kejuruteraan dan amalan kerja tidak dapat melindungi secukupnya orang yang dibenarkan masuk.
- Kelengkapan pengalihudaraan udara paksa yang diperlukan untuk mencapai keadaan kemasukan boleh terima.
- Kelengkapan pencahayaan yang diperlukan bagi membolehkan orang yang dibenarkan masuk melihat dengan jelas, bekerja dengan selamat dan boleh keluar dari ruang terkurung dengan cepat jika berlaku kecemasan.
- Kelengkapan untuk masuk dan keluar dengan selamat bagi orang yang dibenarkan masuk, seperti tangga, win dan tripod.
- Kelengkapan kecemasan dan menyelamat.
K03 - MEMADAM API SEMASA KEBAKARAN KECIL
3.1 Pengenalan
i. Bahaya kebakaran
- boleh mencederakan manusia seperti melecur, lemas.
- kematian.
- kemusnahan harta benda.
3.2 Tiga Unsur Kejadikan Api
- api terjadi daripada tindakbalas kimia yang berlaku pada unsur bahan api, haba dan oksigen.
i. Oksigen
- gas oksigen dalam undara sebanyak 16% - 21%
- gas oksigen tidak terbakar tetapi membantu pembakaran.
- semakin banyak oksigen semakin besar kebakaran berlaku.
ii. Bahan Bakar
- adalah pemangkin kepada pembakaran serperti berikut:
- pepejal - kayu, kertas, kain dan sebagainya.
- cecair -miyak, cat, varnish, thinner.
- gas - butana, propana, metana, LPG, asetilena.
- logam - potassium, sodium, natrium.
iii. Haba
- suhu paling rendah bagi suatu bahan api.
- mengeluarkan wap bagi bantu proses pembakaran.
3.3 Kelas-kelas Api
i. Kelas A
- Api daripada pembakaran bahan pepejal.
ii. Kelas B
- Api daripada pembakaran bahan cecair seperti miyak petrol, cat.
iii. Kelas C
- Api daripada pembakaran gas mudah terbakar seperti asetilena dan butana.
iv. Kelas D
- Api daripada pembakaran bahan logam seperti natrium, potassium.
- logam ini biasanya dari kumpulan I dan II dalam unsur-unsur jadual berkala.
v. Kelas E
- Api daripada peralatan elektrik
- seperti litar elektrik, transformer.
vi. Kelas F
- Api daripada lemak dan minyak masakan
- bagi dapur yang komersil seperti dapur restoren.
3.4 Punca-punca Kebakaran
- penggunaan mesin terlalu lama hingga berlaku kepanasan lampau.
- punca api seperti mancis, pemetik api, puntung rokok, ubat nyamuk dan lilin.
- pembakaran tak terkawal seperti pembakaran sampah.
- percikan api dari sumber elektrik.
- pendawaian elektrik yang salah.
- litar pintas elektrik.
- percikan api akibat geseran.
- Petir dan kilat.
3.5 Cara Api Merebak
i. Pengaliran
- Pergerakan haba tinggi ke kawasan haba rendah.
- Pengalir haba yang baik seperti logam, cecair, arang batu dan simen.
- Haba yang mengalir akan menyalakan api bila sampai suhu tertentu.
- Permindahan haba yang berlaku dalam cecair dan gas.
- Udara yang panas akan naik ke atas dan udara yang sejuk akan ke bawah dalam suatu ruang.
- Olakan haba ini akan berterusan hingga keseluruhan udara menjadi panas.
iii. Bahangan
- Pemindahan tenaga haba sebagai gelombang elektromagnet.
- Haba berpindah mengikut gelombang cahaya daripada kebakaran.
- Bahan api yang menerima bahang haba ini akan menyalakan api pada suhu tertentu.
3.6 Kaedah Memadam Kebakaran
Terdapat 3 kaedah untuk menyekat api daripada merebak iaitu:
i. Melaparkan
- Memisahkan bahan api daripada oksigen dan haba.
ii. Melemaskan
- Menyekat kemasukan gas oksigen dalam kebakaran.
iii. Menyejukkan
- Menurunkan suhu haba bahan api dengan menggunakan air yang banyak.
3.7 Alatan Memadam Kebakaran
i. Terdapat 4 jenis alat pemadam api mudah alih.
K04 - MEMBERI RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS
4.0 PENDAHULUAN
Pertolongan cemas bermaksud bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada individu yang mengalami kecederaan dalam sebarang kejadian kecelakaan sama ada kemalangan atau sakit yang muncul secara tiba-tiba dengan menggunakan objek atau sebarang alat bantuan yang ada di sekeliling sebelum ambulan, doktor atau pakar perubatan ataupun sebelum mangsa dihantar ke hospital. Objektif memberi bantuan pertolongan cemas adalah untuk menyelamatkan nyawa, mengelakkan kecederaan mangsa menjadi lebih parah dan mengurangkan kesakitan mangsa sementara sebelum dihantar ke hospital. Sepatutnya, kita perlu tahu cara-cara untuk:
i. Membantu mangsa secukupnya (bantuan keselamatan asas)
ii. Mulakan prosedur pernafasan (pertolongan cemas primer)
iii. Hentikan pendarahan
iv. Merawat renjatan
v. Merawat kecederaan mata
vi. Merawat luka terbakar
4.1 Prinsip Pertolongan Cemas
Prinsip pertolongan cemas terdiri dari:
4.1.1 Matlamat Pertolongan Cemas
(a) Menyelamat nyawa.
(b) Mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk.
(c) Mengurangkan atau melegakan kesakitan.
4.1.2 Memberi Pertolongan Cemas Dalam Kemalangan
(a) Penilaian (assessment).
(b) Bertenang dan bertindak untuk menyelamat.
(c) Jaga keselamatan diri dan mangsa.
(d) Hindarkan daripada keadaan yang membahayakan.
(e) Minta bantuan daripada orang yang berhampiran.
(f) Diagnosis punca kesakitan.
4.1.3 Rawatan bagi menentukan mana-mana kecederaan yang lebih tenat atau serius, kemudian rawatan dengan cara yang betu
(a) Jangan biarkan mangsa dikerumuni oleh orang ramai kerana akan menyebabkan mangsa menjadi rimas, risau, bimbang dan pengedaran udara akan berkurangan.
(b) Tanggal atau longgarkan pakaian yang perlu sahaja.
(c) Elakkan daripada memberi mangsa minum air jika:
• Mangsa tidak sedarkan diri
• Disyaki mangsa mengalami kecederaan dalaman
• Jika memerlukan pembedahan
(d) Dapatkan bantuan
• Telefon ambulan
• Berikan keterangan tentang tempat kemalangan.
4.2 Tugas Ahli Pertolongan Cemas
(a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
(b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman.
(c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
(d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
(e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
(f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.
4.3 Pengendalian Mangsa Kemalangan
(a) Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi keadaan.
(b) Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang.
(c) Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan segera.
(d) Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu.
4.4 Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik
(a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.
(b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya.
(c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
(d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
(e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan rawatan mangsa.
(f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa.
4.5 Pembebatan
Pembebatan adalah bertujuan menahan pendarahan dan membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan serta mencegah jangkitan di tempat luka. Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih dari kotoran. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap. Contoh pembebat semasa kecemasan adalah seperti sapu tangan yang bersih serta kain biasa yang bersih dan mudah menyerap. Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.
4.6 Pembalut (Bandages)
Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:
(a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).
(b) Pembalut lebar (broad bandage).
(c) Pembalut panjang (narrow bandage).
(d) Pembalut gulung (rollar bandage).
4.6.1 Kegunaan Kain Pembalut
i. Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
ii. Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
iii. Mengampu bahagian yang cedera.
iv. Membantu menghentikan pendarahan.
v. Mengurangkan bengkak.
4.6.2 Kain Anduh Tiga Segi
Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1 meter Í 1.4 meter. Antara kegunaan kain anduh ialah:
i. Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
ii. Menghenti atau menahan pendarahan.
iii. Menetapkan bahagian yang cedera.
iv. Dapat digunakan sebagai pengipas.
v. Menutup tempat yang luka atau cedera.
vi. Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.
4.6.3 Anduh (sling)
Terdapat pelbagai jenis Anduh yang biasa digunakan bagi merawat diantaranya adalah seperti berikut:
(a) Anduh besar (large arm sling)
• Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
• Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas
(b) Anduh tiga segi/ Anduh St. John’s (triangular sling)
• menahan pendarahan anggota atas.
• mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
• mengampu anggota atas yang cedera.
(c) Anduh kecil (small arm sling)
• menahan pendarahan anggota atas.
• mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
• mengampu anggota atas yang cedera..
(d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
• Mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.
4.7 Pendarahan Kecil
Apabila sesuatu kemalangan berlaku, kebiasaanya akan menyebabkan kecederaan pada anggota badan samaada dalam bentuk lebam ataupun pendarahan kecil. Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) Pendarahan Di Bahagian Luaran Tubuh Badan
i. Luka terhiris - disebabkan benda tajam seperti pisau
ii. Luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai
iii. Luka berdarah - kena pukulan tepat benda tidak tajam
iv. Luka tembus - seperti kena tikaman pisau, jarum atau peluru.
(b) Pendarahan Di Bahagian Dalaman Tubuh Badan
i. Perut – muntah berdarah
ii. Paru-paru / salur penafasan – batuk berdarah
iii. Tali usus – darah pada dubur
iv. Rahim – tumpah darah
v. Buah pinggang – kencing berdarah
vi. Tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan hidung.
(c) Pendarahan Dalaman Tanpa Kesan
i. Limpa dan hati pecah
ii. Pendarahan dalam otak.
4.7.1 Rawatan Pendarahan Luaran
(a) Luka-Luka Kecil
Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah–langkah rawatannya adalah seperti berikut:
i. Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
ii. Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
iii. Keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.
iv. Lekatkan pembebat atau plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
v. Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.
(b) Luka Kecil Yang Ada Benda Asing
Benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam atau objek-objek lain, jangan cuba keluarkan objek tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakkan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan anda adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:
i. Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
ii. Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
iii. Keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang telah disteril.
iv. Kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.
v. Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut tanpa menekan objek.
vi. Bawa mangsa ke hospital.
(c) Anggota Yang Lebam
Jika berlakunya kesan lebam, adalah digalakkan menggunakan tuaman sejuk. Anda juga boleh mengalirkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang tercedera. Tuaman sejuk boleh dibuat dari kiub ais yang dibungkus dengan tuala. Tuam anggota yang cedera selama 20 minit.
4.7.2 Rawatan Bagi Menahan Pendarahan
(a) Tekanan Tepat
Tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertai dengan patah:
i. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang disterilkan
ii. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan menekan pada tempat berdarah.
iii. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat.
iv. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10-15 minit.
(b) Tekanan Tidak Tepat
Tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan penjerut (tourniquet). Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit. Komplikasi pengunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong. Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.
(c) Anggota Tubuh Badan Terputus
Kawal darah dari berterusan keluar. Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang basah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonic yang bersih dari kuman. Masukkan anggota putus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putus secara langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.
4.8 Rawatan Pembalutan Dan Pembebatan Bagi Kecederaan Anggota Tubuh
(a) Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh digunakan untuk menutup luka dan mengelakkan dari jangkitan kuman.
(b) Fungsi pembebat dan balutan adalah:
i. Mencegah jangkitan kuman
ii. Menyerap kotoran yang keluar seperti nanah dan darah
iii. Mengawal pendarahan dan melindungi luka
(c) Jenis-jenis pembebatan ialah:
i. Paraffin – biasanya digunakan untuk luka besar
ii. Pembebat melekat – plaster , digunakan untuk luka kecil.
iii. Pembebat berubat – kain kasa yang disapu ubat pembunuh kuman
iv. Pembebat pembebat biasa – gauze
4.8.1 Peraturan Membalut Luka
a) Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
(b) Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
(c) Lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
(d) Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.
4.8.2 Jenis-jenis pembalut
(a) Pembalut bergulung – berasal dari kain kasa ,WOW bandage
(b) Pembalut segi tiga, lebar dan tirus – terdiri dari kain segi tiga dari jenis kain kaliko
(c) Pembalut cincin – diperbuat dari pembalut tirus
(d) Pembalut kain krep – biasanya digunakan untuk kes terseliuh.
4.9 Patah Tulang
Patah tulang merupakan salah satu kecederaan yang sering di alami oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan otot terjadi disebabkan oleh:
i. Pukulan secara langsung yang tepat dan kuat.
Kecederaan berlaku pada tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta.
ii. Pukulan sipi.
Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi.
iii. Kecederaan otot (strain).
Otot telah diregang secara berlebihan. Terjadi kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi pada ahli sukan.
iv. Terseliuh.
Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara mengejut semasa berlari.
v. Dislokasi (dislocation).
Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan.
4.9.1 Jenis-Jenis Patah
Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori:
i. Patah tertutup. Kulit permukaan tidak luka
ii. Patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang.
iii. Patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan tulang dan organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-lain.
iv. Patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak.
v. Patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua.
vi. Patah simple. Tulang patah dua sahaja.
4.9.2 Tanda-Tanda Kecederaan Tulang
i. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
ii. Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah
iii. Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
iv. Merasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota cedera.
v. Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.
vi. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi atau otot.
vii. Bentuk, kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.
4.10 Rawatan Bagi Kecederaan Anggota Tubuh Yang Patah
Apabila terjadinya kecederaan anggota tubuh yang patah, memerlukan seseorang yang mahir untuk mengendalikan pesakit kerana dikhuatiri jika orang yang tidak mahir akan menambahkan lagi kecederaan. Rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut:
i. Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.
ii. Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan ditempat kejadian.
iii. Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.
iv. Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih.
v. Halang/ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat.
vi. Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.
4.11 Kecederaan Anggota Melecur Dan Terbakar
Kecederaan anggota melecur dan terbakar adalah disebabkan oleh haba atau api. Kecederaan melecur dan terbakar akan memecahkan kulit dan membolehkan kuman memasuki kulit dan mengakibatkan jangkitan. Kemalangan di rumah merupakan punca utama luka terbakar atau melecur. Punca utama berlakunya luka terbakar adalah kecuaian menggunakan alatan contohnya terpegang seterika panas, terkena tumpahan minyak, tersentuh ekzos kenderaan terutamanya motor, terkena kejutan elektrik dan sebagainya. Rawatan pertolongan cemas biasanya berupaya menyembuhkan luka terbakar dengan baik dan secara semula jadi. Kecederaan luka bagi anggota melebur dan terbakar dapat dikelaskan mengikut dua faktor iaitu:
(a) Klasifikasi terbakar atau kedalaman kecederaan.
(b) Peratus kawasan permukaan yang terbakar (peraturan sembilan)
4.11.1 Klasifikasi Kecederaan Anggota Yang Terbakar
Terdapat beberapa klasifikasi kecederaan anggota tubuh yang terbakar. Ianya bergantung kepada tahap lecuran kepada anggota yang terkesan dari api atau haba yang menyentuh anggota tubuh tersebut. Klasifikasi terbakar boleh dikategorikan mengikut darjah seperti berikut:
(a) Kecederaan Terbakar Darjah Pertama
• Terbakar kulit permukaan atas sahaja
• Kesan dari terkena air panas atau benda panas untuk seketika ataupun pancaran matahari
• Proses penyembuhan sekitar 1 minggu jika tiada masalah jangkitan kuman
(b) Kecederaan Terbakar Darjah Kedua
• Terdapat gelembung air (blister)
• Kesan dari terkena benda panas agak lama atau semburan api seperti gasoline dan juga berkemungkinan berlakunya renjatan pada tubuh
• Memerlukan 2 hingga 3 minggu untuk sembuh jika tiada masalah jangkitan kuman.
(c) Kecederaan terbakar darjah ketiga
• Melibatkan hingga bahagian otot
• Kesan berlakunya renjatan pada tubuh
• Bau terbakar dapat dihidu
• Tidak ada rasa sakit atau sensasi terhadapt cucukan jarum.
4.11.2 Peraturan Sembilan
Peraturan Sembilan adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti atau mengira peratus kecederaan terbakar yang berlaku pada mangsa. Peraturan Sembilan juga membahagikan kawasan permukaan badan kepada sembilan bahagian. Ia digunakan untuk menghitung kemelaratan kecederaan dan memutuskan tahap rawatan yang perlu diberikanSecara umumnya kebakaran 15 % (10% jika kanak- kanak) adalah memerlukan rawatan perubatan dengan segera. Kecederaan anggota penting seperti muka, organ seksual (kemaluan atau buah dada) memerlukan rawatan segera walaupun kurang daripada 10%.. Sekiranya kecederan terbakar berlaku pada tangan kanan, mangsa mengalami peratus kebakaran sebanyak sembilan peratus. Perlu diambil perhatian bahawa:
(a) Sebarang luka terbakar darjah kedua atau melebihi 1% perlu mendapatkan rawatan doktor.
(b) Kemelaratan sehingga 9% atau lebih boleh mengakibatkan renjatan. Mangsa perlu dirawat dihospital.
(c) Sebarang saiz luka berdarjah ketiga perlu dirawat dihospital.
4.11.3 Merawat Luka Terbakar Ringan
Luka terbakar yang ringan biasanya terjadi di rumah ataupun kawasan kerja. Matlamat rawatan adalah untuk menghentikan lecuran, mengurangkan kesakitan dan gelembung dan risiko jangkitan. Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:
(a) Tanggalkan sebarang barang kemas atau pakaian yang ketat dari bahagian yang cedera sebelum ia menggelembung.
(b) Alirkan atau curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang terbakar selama 10 minit untuk menghentikan panas terbakar dan mengurangkan kesakitan. Jika tidak terdapat air paip, sebarang cecair sejuk yang lain juga boleh digunakan seperti susu dan air minuman dalam tin.
(c) Balut bahagian cedera dengan pembalut steril atau sebarang bahan bersih dan nipis.
4.11.4 Merawat Luka Terbakar Parah
Luka terbakar yang teruk boleh terjadi sekiranya berlaku kebakaran rumah atau kemalangan yang membabitkan kebakaran. Matlamat rawatan adalah untuk menghentikan luka terbakar dan melegakan kesakitan, memulihkan pernafasan, merawat kecederaan berkaitan dan mengurangkan risiko jangkitan. Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:
(a) Dinginkan luka terbakar dengan cecair penyejuk yang secukupnya. Mungkin mengambil masa selama 10 minit atau lebih. Jangan memberi mangsa kedinginan yang berlebihan kerana boleh membawa kepada risiko penurunan suhu badan (hypotermia).
(b) Baringkan mangsa. Jika boleh elakkan anggota cedera dari terkena tanah.
(c) Semasa proses penyejukan periksa saluran pernafasan dan denyutan nadi. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan.
(d) Tanggalkan sebarang pakaian seperti tali leher,pinggang, jam tangan,cincin, kasut dan baju terbakar sebelum anggota yang cedera menggelembung. Tanggalkan dengan perlahan.
(e) Tutup kecederaan dengan sehelai bahan yang steril. Sejukkan dengan air untuk melegakan kesakitan.
(f) Rawat mangsa daripada serangan renjatan. Periksa nadi dan pernafasan sementara menanti kedatangan ambulans.
4.12 Renjatan Elektrik
Arus elektrik yang mengalir di dalam sesuatu litar tidak dapat dilihat dengan mata kasar, sebaliknya memerlukan alat yang sesuai bagi mengesan kehadiran elektrik yang melalui sesuatu litar. Apabila seseorang itu terkena renjatan elekrik, menyebabkan kesakitan yang amat sangat, kehilangan darah atau cecair dalam badan yang banyak atau terperanjat dan ianya boleh menyebabkan kematian. Didalam prosedur keselamatan yang melibatkan elektrik, hanya personel yang bertauliah sahaja dibenarkan untuk menyelenggara peralatan dan mesin yang menggunakan sumber daripada elektrik.
4.12.1 Tanda Renjatan Elektrik
Apabila seseorang telah terkena renjatan elektrik, terdapat beberapa tanda bahawa beliau telahpun terkena renjatan elektrik. Tanda-tanda renjatan elektrik adalah seperti berikut:
(a) Kulit sejuk dan berpeluh
(b) Nafas cetek dan pantas
(c) Muka bibir dan anggota pucat.
(d) Loya , muntah dan haus
(e) Denyutan nadi lemah dan pantas
(f) Pandangan kabur dan pening
(g) Mungkin tidak bergerak atau bercakap
4.12.2 Rawatan Bagi Kemalangan Renjatan Elektrik
Sebelum mangsa renjatan elektrik diberikan rawatan, pastikan bahawa tiada peralatan elektrik berada bersama dengan mangsa, ini adalah bertujuan untuk mengelakkan orang yang ingin membantu menyelamatkan mangsa tidak menjadi mangsa renjatan. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi memberi rawatan mangsa yang terkena renjatan elektrik adalah seperti berikut:
(a) Baring pesakit. Jika kepala tak cedera, angkat kaki 8 - 12 inci tinggi. Jika sakit dada atau sukar bernafas, letak dalam keadaan duduk atau separuh duduk. Jangan biarkan pesakit berdiri. Lakukan pemeriksaan ABC.
(b) Tahan darah dari keluar (jika berdarah)
(c) Longgarkan pakaian dan pastikan suhu badan pesakit terkawal. Pesakit pucat dan kesejukan hendaklah diselimut.
(d) Jangan bagi pesakit minum kerana pesakit akan merasa loya dan makan/minum akan menyebabkan muntah. Jika hospital jauh, beri pesakit menghisap kain basah untuk kurangkan kekeringan tekak.
(e) Usahakan pesakit dapat udara segar. Jangan biarkan pesakit dapat udara kering. Beri bantuan perubatan.
4.13 Rawatan Lemas Akibat Terhidu Asap
Setiap kebakaran yang berlaku pastinya disertai dengan kepulan asap yang tebal dimana asap yang tebal ini bergantung kepada jenis bahan yang terbakar dan juga saiz kebakaran yang berlaku. Asap yang terhasil ini sangat merbahaya kepada orang yang terdedah terhadapnya. Kesan kepada manusia apabila terhidu asap ini boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pernafasan dan ini boleh mengakibatkan kematian jika terdedah terlalu lama kepada asap yang dihidu. Terdapat beberapa langkah rawatan lemas disebabkan oleh asap adalah seperti berikut:
(a) Bawa atau alihkan mangsa ke tempat udara yang bersih. Walaupun begitu anda jangan cuba masuk ke dalam bilik yang dipenuhi asap tanpa memakai sebarang peralatan keselamatan.
(b) Jika mangsa pengsan, periksalah denyutan nadi dan pernafasannya.
(c) Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut.
(d) Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan.
(e) Jika terdapat alat oksigen, berikanlah kepada mangsa dengan syarat anda telah dilatih menggunakannya.
(f) Tunggu mangsa sehingga bantuan tiba. Periksa nadi dan pernafasan setiap 10 minit
4.14 Rawatan Hiperventilasi Atau Sesak Nafas
Keadaan di mana pernafasan udara yang berlebihan. Ia mungkin akan menyebabkan ketakutan dan histeria. Gejala ini mudah menyerang individu yang ketakutan dan terkejut. Tanda-tanda hiperventilasi seperti:
(a) Pernafasan yang cepat, dalam dan tidak normal
(b) Mungkin terdapat tabiat yang memerlukan perhatian, pitam, mengantuk dan menggigil
(c) Kejang kaki dan tangan.
Bagi memberikan rawatan kepada hiperventilasi atau sesak nafas ini, beberapa langkah rawatan hiperventilasi boleh dilakukan berdasarkan kepada langkah-langkah berikut:
(a) Jika boleh bawa mangsa ke tempat tenang supaya ia boleh mengawal kembali pernafasannya.
(b) Bercakaplah dengan nada tegas tetapi lembut dengan mangsa.
(c) Biarkan mangsa bernafas menggunakan beg plastik atau karung kertas. Tetapi jangan terlalu lama. Ini akan menyukarkan lagi keadaan. Beg plastik atau karung kertas akan menyebabkan mangsa menggunakan udara yang sama untuk bernafas. Buka beg plastik sekiranya mangsa mulai bernafas secara normal. Jika ketegangan berterusan, biarkan mangsa menyedut semula udara hembusannya daripada beg plastik tersebut.
4.15 PETI PERTOLONGAN CEMAS ( First Aid Kit)
Setiap bengkel perlulah dilengkapkan dengan Peti Kecemasan yang dilengkapkan dengan kelengkapan dan ubat-ubat yang akan digunakan sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan yang berlaku di dalam bengkel. Diletakkan ditempat yang senang dilihat dan mudah diambil apabila diperlukan.
Pembalut Krep
Kain Kasa
Larutan Iodin
Gunting
Laturan Akriflavina
Kain Anduh Tiga Segi
Plaster
Krim antiseptik
Krim melecur
kapas
Larutan antiseptik
K05 - MEMBERI BANTUAN PERNAFASAN KETIKA KECEMASAN
5.0 PENDAHULUAN
Apabila seseorang itu bernafas, proses yang berlaku di dalam tubuh kita adalah sedutan dan hembusan udara yang keluar masuk melalui hidung ataupun mulut. Udara yang disedut dibawa masuk ke paru-paru akan meresap oksigen ke dalam darah. Udara yang disedut itu sebenarnya hanya mempunyai 21% sahaja oksigen dan selebihnya adalah kompisisi gas nitrogen. Badan kita hanya memerlukan sebanyak 5% oksigen untuk melakukan proses respirasi. Bilangan pernafasan bagi seseorang adalah seperti berikut:
i. Orang dewasa – 15 hingga 20 kali seminit
ii. Kanak-kanak 6 hingga 10 tahun – 22 hingga 25 kali seminit
iii. Bayi – 35 hingga 40 kali seminit
Bilangan nadi bagi seseorang pula adalah seperti berikut:
i. Orang dewasa – 70 hingga 80 seminit
ii. Kanak-kanak – 90 hingga 100 seminit
iii. Bayi – 100 hingga 140 seminit
Apabila badan tidak mendapat bekalan oksigen selama tiga minit maka sel-sel otak akan mulai mati. Terdapat beberapa kawasan atau tempat pada tubuh badan bagi memeriksa nadi iaitu :
i. Di Leher (Carotid Artery)
ii. Pergelangan Tangan (Radial Artery)
iii. Di Lengan (Brachial Artery)
iv. Di Hadapan Pergelangan Kaki (Dorsalis Pedis Artery)
v. Di Bahagian Dalam Buku Lali Kaki (Posterior Tibial Artery)
vi. Di kiri dan kanan kawasan kemaluan (Femoral Artery)
vii. Di Bahagian Belakang Lutut (Popliteal Artery)
Jangan gunakan ibu jari untuk memeriksa nadi sebaliknya jugakan hujung jari telunjuk, jari tengah dan jari manis anda. Cara memeriksa nadi seperti di Rajah 5.1
Sementara itu, sistem peredaran darah pula adalah berfungsi untuk menyalurkan dan mengagihkan bahan makanan dan oksigen ke segenap sel-sel kita di dalam badan dan juga membawa bahan buangan keluar. Dalam badan seorang dewasa, terdapat sekitar empat hingga enam liter darah dan setiap tujuh kilogram berat badan mengandungi 0.5 liter darah. Fungsi darah adalah seperti berikut:
i. Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu
ii. Membawa bahan buangan ke organ pembuangan
iii. Melawan penyakit
iv. Membawa enzim dan hormon ke organ sasaran
v. Mengawal suhu badan
vi. Menghentikan pendarahan
5.1 Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Resusitasi kardiopulmonari atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya CPR adalahbantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas. Ia merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut (atau bantuan pernafasan dengan kaedah lain) dan juga tekanan dada. Sebelum ini anda telah dimaklumkan bahawa udara yang disedut mempunyai 21% oksigen dan badan hanya memerlukan 5% sahaja oksigen untuk melakukan proses respirasi. Ini bermakna udara hembusan anda masih mempunyai baki oksigen sebanyak 16%. Baki oksigen inilah yang akan dihembus ke dalam badan mangsa kecederaan untuk membantu memperolehi oksigen. Anda harus ingat bahawa mangsa juga hanya memerlukan sebanyak 5% oksigen sahaja dari 16% yang dibekalkan. Tekanan yang dilakukan semasa CPR pula berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus tadi ke seluruh anggota badan. Jadi CPR sebenarnya adalah agen untuk membantu mangsa yang tidak bernafas dan tiada nadi untuk melakukan proses respirasi seperti orang sihat. Secara umumnya terdapat dua sebab utama CPR perlu dilakukan iaitu:
(a) Terhenti pernafasan.
(b) Tiada nadi.
5.1.1 Asfiksia
Asfiksia (aspyxia) merupakan istilah yang digunakan bagi kes sesak nafas atau terhalang pernafasan hingga menyebabkan kekurangan oksigen pada paru-paru. Asfiksia akan menyebabkan darah beroksigen rendah dalam badan. Sebarang gangguan terhadap proses respirasi boleh mengakibatkan terhentinya pernafasan dan akan membawa kepada kematian. Kekurangan oksigen ini dikenali sebagai hipoksia (hypoxia). Sekiranya dibiarkan ia akan membawa kepada maut. Anda harus ingat bahawa sel-sel otak mulai mati sekiranya bekalan oksigen tidak diterima dalam masa tiga minit. Oleh itu tindakan segera harus diambil untuk mengatasi keadaan ini. Tanda-tanda seseorang itu mengalami hipoksia adalah:
(a) Pernafasan yang cepat,tercungap-cungap dan seperti menderita kesakitan
(b) Rasa terkeliru, mudah meradang dan agresif yang membawa kepada keadaan tidak sedarkan diri.
(c) Lazimnya, kulit akan menjadi lebam kebiruan
(d) Jika tidak dikawal, fungsi jantung akan terhenti.
Antara punca-punca boleh menyebabkan asfiksia adalah:
(a) Lemas
i. Pakaian atau kain menutup muka
ii. Lemas di air – tidak mendapat udara
iii. Lemas di dalam bilik bergas – tidak mendapat oksigen
(b) Tercekik
i. Tersekat benda atau tergantung
ii. Terhalang (makanan masuk saluran paru-paru)
(c) Kejutan
i. Arus elektrik
ii. Kilat
Tanda-tanda am salur udara yang tersumbat adalah:
(a) Pernafasan yang berbunyi bising dan tercungap-cungap
(b) Pergerakan dada akan tersedut ke dalam dan perut menonjol ke luar
(c) Kulit kelihatan lebam kebiruan
(d) Lubang hidung menjadi kembang
5.1.2 DRABC
Merupakan langkah mudah untuk melakukan CPR dengan menggunakan prinsip
DRABC. Langkah-langkah didalam proses DRABC adalah seperti berikut:
5.1.3 Pemulihan Pernafasan Melalui Mulut Ke Mulut
Pemulihan pernafasan melalui mulut ke mulut merupakan suatu kaedah yang digunakan pada mangsa yang tidak sedarkan diri. Adalah perlu diingat bahawa seseorang yang ingin melakukan pemulihan pernafasan melalui mulut ke mulut perlulah mahir bagi mengelakkan kecederaan kepada mangsa. Langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi memulihkan mangsa melalui pernafasan mulut ke mulut adalah seperti berikut:
(a) Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan.
(b) Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
(c) Buang sebarang benda asing dari mulut.
(d) Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
(e) Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
(f) Tentukan mulutnya terbuka
(g) Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
(h) Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
(i) Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit.
(j) Jika mangsa telah mula bernafas secara normal, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.
5.1.4 CATATAN PENTING !
i. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa.
ii. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.
iii. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik.
5.1.5 Rawatan Tercekik
Tercekik sepenuhnya bermakna makanan atau sesuatu objek telah menghalang sepenuhnya saluran pernafasan. Ini menyebabkan mangsa tercekik akan menjadi sukar untuk bernafas, malah tidak mampu untuk bercakap dan juga batuk. Untuk membantu mangsa tercekik langkah yang betul perlu dilakukan supaya rawatan ini berjaya menyelamatkan satu nyawa. Langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi menyelamatkan mangsa tercekik adalah seperti berikut:
(a) Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.
(b) Periksa samada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC.
(c) Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
(d) Buang sebarang benda asing dari mulut.
(e) Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
(f) Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
(g) Tentukan mulutnya terbuka
(h) Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
(i) Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
(j) Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan penghujung hulu hati.
(k) Tekan abdomen dengan tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali.
(l) Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih tercekik.
(m) Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan.
(n) Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit.
5.1.6 Teknik Melakukan CPR Ketika Seorang Diri Bersama Mangsa
(a) Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan.
(b) Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan
(c) Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan.
(d) Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit.
(e) Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut:
i. letakkan tangan anda di atas dada mangsa.
ii. berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5 – 2 inci untuk orang dewasa.
iii. belepas beri 15 tekanan, beri pula 2 hembusan.(1 pusingan)
iv. berikan 15 kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan)
v. selepas 4 pusingan periksa nadi karotik
vi. teruskan CPR (15 tekanan da 2 hembusan ) jika tiada nadi.
vii. lakukan sehingga bantuan pakar tiba.
(f) Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan. Bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi tiada.
(g) Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam kedudukan pemulihan.
(h) Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.
5.1.7 CATATAN PENTING !
(a) Jika mangsa kanak-kanak , lakukan tekanan sedalam 2.5 – 3.5 cm pada kadar 100 kali seminit. Lakukan 5 tekanan : 1 hembusan. Gunakan satu tangan sahaja untuk melakukan tekanan.
(b) Jika bayi atau kanak-kanak bawah 2 tahun, lakukan tekanan sedalam 2 – 2.5 cm pada kadar 100 kali seminit. Gunakan dua jari sahaja untuk melakukan tekanan. Periksa nadi dibahagian braktial (lengan atas).
(c) Jangan lakukan latihan CPR pada orang yang sihat. Lakuan pada patung (dummy).
5.2 Kedudukan Pemulihan
Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak atau salur pernafasan. Oleh kerana kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.
5.2.1 Penyebab CPR Tidak Berjaya
Apabila berlaku kecemasan yang melibatkan mangsa yang pengsan dan perlu dilakukan CPR, akan wujudnya suasana yang kelam kabut dan ini akan menyebabkan kerja-kerja menyelamatkan mangsa menjadi sedikit kucar-kacir. Antara sebab-sebab CPR tidak berjaya dilakukan adalah seperti berikut:
(a) Saluran pernafasan tidak dibuka dengan sempurna (dongakkan kepala semula)
(b) Hidung tidak dipicit semasa hembusan dilakukan
(c) Mangsa tidak dibaringkan di tempat yang stabil dan keras
(d) Kedudukan tangan penyelamat tidak tepat semasa tekanan dilakukan
(e) Kadar tekanan ke atas dada terlalu lambat
5.2.2 Masalah Semasa CPR Dilakukan
Walaupun ramai yang boleh melakukan CPR tetapi kebanyakannya tidak mahir menjalankan proses ini, oleh yang demikian apabila membuat CPR kepada mangsa pastikan langkah-langkah yang dilakukan dengan betul untuk mengelakkan mangsa yang dibantu menghadapi masalah yang lain pula. Diantara masalah yang biasa berlaku semasa CPR dijalankan adalah seperti berikut:
(a) Kemungkinan akan berlaku kecederaan pada tulang rusuk (Rib frecture)
(b) Kecederaan serius akan berlaku pada bahagian dalaman terutamanya pada kawasan dada (paru-paru) sekiranya tulang rusuk patah
(c) Berlaku pendarahan dalaman (internal bleeding)
5.3 Emergency Response Plan (ERP)
Pelan untuk menangani kecemasan adalah elemen penting dalam program OH & S.
Di samping manfaat utama menyediakan bimbingan semasa kecemasan, membangunkan pelan mempunyai kelebihan lain. Anda mungkin mendapati keadaan berbahaya yang tidak diiktiraf yang akan memburukkan keadaan kecemasan dan anda boleh bekerja untuk menghapuskannya. Proses perancangan mungkin membawa kepada kekurangan cahaya, seperti kekurangan sumber daya (peralatan, tenaga terlatih, bekalan), atau barang yang dapat diperbaiki sebelum kecemasan berlaku. Di samping itu, pelan kecemasan menggalakkan kesedaran keselamatan dan menunjukkan komitmen organisasi terhadap keselamatan pekerja.
Kekurangan pelan kecemasan boleh mengakibatkan kerugian teruk seperti banyak mangsa dan keruntuhan kewangan organisasi.
Sikap "tidak boleh berlaku di sini" mungkin hadir. Orang mungkin tidak sanggup mengambil masa dan usaha untuk meneliti masalah tersebut. Walau bagaimanapun, perancangan kecemasan adalah bahagian penting operasi syarikat.
Oleh kerana kecemasan akan berlaku, preplanning diperlukan. Keperluan mendesak bagi keputusan yang cepat, kekurangan masa, dan kekurangan sumber dan kakitangan yang terlatih boleh menyebabkan kekacauan semasa kecemasan. Masa dan keadaan dalam keadaan kecemasan bermakna saluran normal pihak berkuasa dan komunikasi tidak dapat diandalkan untuk berfungsi secara rutin. Tekanan keadaan boleh menyebabkan penghakiman buruk mengakibatkan kerugian teruk.
Pelan kecemasan menentukan prosedur untuk menangani situasi secara tiba-tiba atau tidak dijangka. Objektifnya adalah untuk bersedia untuk:
· Mencegah kematian dan kecederaan.
· Mengurangkan kerosakan kepada bangunan, stok, dan peralatan.
· Melindungi alam sekitar dan masyarakat.
· Mempercepat semula operasi normal setelah berlaku perbehentian kecemasan .
Pembangunan pelan bermula dengan penilaian kerentanan. Hasil kajian akan menunjukkan:
· Bagaimana keadaan berlaku.
· Apa cara yang ada untuk menghentikan atau mencegah keadaan.
· Apa yang diperlukan untuk sesuatu keadaan.
Dari analisis ini, prosedur kecemasan yang sesuai boleh dibangunkan.
Pada peringkat perancangan, adalah penting bahawa beberapa kumpulan diminta untuk mengambil bahagian. Di antara kumpulan ini, jawatankuasa kesihatan dan keselamatan dapat memberikan input yang berharga dan cara penglibatan pekerja yang lebih luas. Pegawai perbandaran yang sewajarnya juga perlu dirujuk kerana kawalan boleh dijalankan oleh kerajaan tempatan dalam kecemasan utama dan sumber tambahan boleh didapati. Komunikasi, latihan dan latihan berkala akan memastikan prestasi yang mencukupi jika rancangan itu perlu dijalankan.
No comments:
Post a Comment